Thursday, June 3, 2021

Beza Banyak Dan Ramai




Kita selalu menggunkan perkataan banyak dan ramai. Biasanya kita guna perkataan ini merujuk kepada bilangan tertentu. Tapi, kadangkala kita menggunakan kata banyak dan ramai dengan salah. Sengaja atau tidak sengaja. Namun benda yang sengaja, lama kelamaan menjadi kebiasaan sehingga diterima dalam masyarakat. Jom kita tengok beza banyak dan ramai.


Kata bilangan banyak digunakan untuk bilangan jamak atau himpun.


Kata bilangan ramai pula digunakan untuk maksud suasana .


Contoh ayat:


Banyak

Banyak murid ponteng sekolah  akibat covid19.


Ramai

Ramai orang di pasar malam itu walaupun wabak covid19 masih belum  ada penawarnya.


Jika kita amati, tak ada perbezaan pun. Boleh saja kita guna ramai murid ponteng sekolah atau banyak orang di pasar malam. Tetapi itulah sistem bahasa Melayu untuk menunjukkan perbezaan penggunaan kata banyak dan ramai. Mungkin anda mempunyai pendapay yang lain. Boleh saja komen kat bawah😀

Wednesday, June 2, 2021

Kata Pemeri Ialah dan Adalah

Kita selalu salah menggunakan kata pemeri ialah dan adalah. Walaupun kita rasa betul, namun sebenarnya kadangkala kita menggunakan kata pemeri yang salah. Jom kita tengok apa yang dikatakan kata pemeri tersebut.

Ialah ka adalah 😇😇😇 


Kata Pemeri

Kata pemeri secara ringkasnya ialah perkataan yang menjadi perangkai antara subjek dengan frasa utama dalam predikat.

Kata pemeri ialah hadir di hadapan frasa nama.

Kata pemeri adalah hadir di hadapan frasa adjektif atau frasa sendi nama.

Ayat contoh:
1. Ahmad ialah guru kelas tahun 6 Anggerik
2. Warna kegemaran Abu adalah hijau muda.

Itu lah serba sedikit mengenai kata pemeri ialah dan adalah. Kalau hendak tahu lebih lanjut boleh tengok video nih...Kata Pemeri

Tuesday, June 1, 2021

Kata Nafi

 Kata Nafi




Kata nafi ialah perkataan yang menjadi unsur nafi frasa dan predikat.

Ada dua kata nafi yang selalu digunakan iaitu:

i  ) bukan

ii ) tidak


Kata nafi bukan hadir di hadapan frasa nama atau frasa sendi nama.

Kata nafi tidak hadir di hadapan frasa kerja atau frasa adjektif.


Ayat contoh :

1. Karipap itu bukan untuk Halimah.

2. Pelakon itu tidak popular sangat

Tahu apa itu frasa. Tak tahu baca sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...