Monday, April 2, 2007

Sekolah kluster wujud saingan sihat( Berita Harian 3/4/07)

PELAKSANAAN sekolah kluster atau kelompok sekolah cemerlang (KSC) bakal mewujudkan persaingan sihat dan mendorong sekolah lain mempertingkatkan prestasi masing-masing, sekali gus memberi peluang memasuki kelompok cemerlang itu.
Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Jabatan Sekolah), Alimuddin Mohd Dom, berkata selain peluang menyertai sekolah kluster sentiasa terbuka, KSC terbabit mesti mengambil tekanan itu sebagai cabaran positif ke arah penjanaan kecemerlangan berterusan.Katanya, soal jurang status antara sekolah biasa dengan KSC tidak timbul kerana sekolah terpilih memang hebat, justeru pelaksanaannya bertujuan melonjakkan kecemerlangahingga menjadi showcase pada peringkat antarabangsa.


ADAKAH SEKOLAH KITA AKAN TERPILIH SEBAGAI SEKOLAH KLUSTER?

Pelaksanaa sekolah Kluster sememangnya baik dan boleh melahirkan pelajar yang cemerlang. Tetapi, bagaimana dengan sekolah yang tidak terpilih. Adakah sekolah-sekolah yang tidak terpilih akan terusan dipinggirkan dari segala segi kemudahan. Umum mengetahui sekolah Kluster merupakan sekolah yang terpilih, Guru-guru yang mengajar juga terdiri daripada mereka yang hebat, prasarana juga adalah yang terhebat dan keputusan peperiksaan sudah tentu hebat-hebat.
Sebagai sekolah Kluster, mereka perlu mengekalkan pencapaian yang berterusan. Bagaimana sekiranya sekolah yang biasa, tiba-tiba meletup dalam peperiksaan awam sehingga mengatasi sekolah Kluster. Justeru, tanggungjawab sebagai sekolah Kluster amatlah berat. Bagi sekolah-sekolah biasa yang mempunyai guru-guru biasa, pelajar-pelajar biasa dan prasarana yang biasa, perlu mengetahui jurang dan kasta yang ada pada diri mereka. Oleh itu, mereka perlu membuktikan bahawa sekolah yang biasa boleh mengatasi sekolah Kluster. Sudah tentu semua pihak perlu berusaha bagi mencapai standard sekolah Kluster.

Kepada pihak-pihak yang bertanggungjawab, pandanglah sekolah yang memerlukan kepakaran. Lihatlah sekolah yang memerlukan perhatian. Jauh di pedalaman. Guru yang tidak mendapat perhatian. Akhirnya sekolah dilbelkan sebagai sekolah yang menjadi tempat buangan pelajar yang tidak lagi mahu belajar. Kesian kepada guru-guru di situ. Apa yang perlu dilakukan? Mengajar dan terus mengajar.



FAKTA NOMBOR: Sumber: Berita Harian 3 apr. 07Sekolah Kluster atau KSC
· 30 - KSC perintis diumum akhir bulan ini
· 300 - KSC disasarkan menjelang akhir tahun ini
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...