Thursday, June 3, 2021

Beza Banyak Dan Ramai




Kita selalu menggunkan perkataan banyak dan ramai. Biasanya kita guna perkataan ini merujuk kepada bilangan tertentu. Tapi, kadangkala kita menggunakan kata banyak dan ramai dengan salah. Sengaja atau tidak sengaja. Namun benda yang sengaja, lama kelamaan menjadi kebiasaan sehingga diterima dalam masyarakat. Jom kita tengok beza banyak dan ramai.


Kata bilangan banyak digunakan untuk bilangan jamak atau himpun.


Kata bilangan ramai pula digunakan untuk maksud suasana .


Contoh ayat:


Banyak

Banyak murid ponteng sekolah  akibat covid19.


Ramai

Ramai orang di pasar malam itu walaupun wabak covid19 masih belum  ada penawarnya.


Jika kita amati, tak ada perbezaan pun. Boleh saja kita guna ramai murid ponteng sekolah atau banyak orang di pasar malam. Tetapi itulah sistem bahasa Melayu untuk menunjukkan perbezaan penggunaan kata banyak dan ramai. Mungkin anda mempunyai pendapay yang lain. Boleh saja komen kat bawah😀

Wednesday, June 2, 2021

Kata Pemeri Ialah dan Adalah

Kita selalu salah menggunakan kata pemeri ialah dan adalah. Walaupun kita rasa betul, namun sebenarnya kadangkala kita menggunakan kata pemeri yang salah. Jom kita tengok apa yang dikatakan kata pemeri tersebut.

Ialah ka adalah 😇😇😇 


Kata Pemeri

Kata pemeri secara ringkasnya ialah perkataan yang menjadi perangkai antara subjek dengan frasa utama dalam predikat.

Kata pemeri ialah hadir di hadapan frasa nama.

Kata pemeri adalah hadir di hadapan frasa adjektif atau frasa sendi nama.

Ayat contoh:
1. Ahmad ialah guru kelas tahun 6 Anggerik
2. Warna kegemaran Abu adalah hijau muda.

Itu lah serba sedikit mengenai kata pemeri ialah dan adalah. Kalau hendak tahu lebih lanjut boleh tengok video nih...Kata Pemeri

Tuesday, June 1, 2021

Kata Nafi

 Kata Nafi




Kata nafi ialah perkataan yang menjadi unsur nafi frasa dan predikat.

Ada dua kata nafi yang selalu digunakan iaitu:

i  ) bukan

ii ) tidak


Kata nafi bukan hadir di hadapan frasa nama atau frasa sendi nama.

Kata nafi tidak hadir di hadapan frasa kerja atau frasa adjektif.


Ayat contoh :

1. Karipap itu bukan untuk Halimah.

2. Pelakon itu tidak popular sangat

Tahu apa itu frasa. Tak tahu baca sini

Sunday, May 30, 2021

Kata Sendi




Kata sendi digunakan untuk merungkaikan frasa nama dengan kata-kata atau frasa-frasa yang lain. Contoh kata sendi dan penggunaanya dalam ayat: 

 1. pada 
 Mentega disapukan pada roti 

 2. di 
 Ibu memasak di dapur 

 3. ke
 Kereta api itu bertolak ke selatan pada pukul 10.00 pagi. 

 4. daripada
 Kerusi itu diperbuat daripada rotan 

 5. untuk
 Jam tangan itu hadiah untuk ibu 

 6. oleh 
 Baju itu dibeli oleh abang 

 7. dari 
 Syukor berasal dari Pulau Pinang

 8. kepada
 Lagu itu ditujukan kepada kakak dan adiknya.

Kata Dasar

Kata dasar ialah kata asal yang belum menerima imbuhan awalan, apitan dan akhiran.

 Contoh kata dasar:   patuh, atur, ajak, sihat, ajar, pasti, didik biar.

Saturday, March 2, 2019

Menyiram, Menyiramkan dan Menyirami

Biasanya kita selalu menggunakan perkataan menyiram, menyiramkan dan menyirami. Agak agaklah mana satu yang betul penggunaanya. Boleh dak kita guna perkataan ini dalam ayat. Jom kita tengok satu satu maksudnya.

Menyiram
Bermaksud mencurahkan air kepada sesuatu. Ayat contoh
Ibu menyiram pokok bunga.

Menyiramkan
Bermaksud menyiram sesuatu kepada. Ayat contoh
Abang menyiramkan air kepada pokok bunga itu.

Menyirami
Bermaksud menyiram berkali-kali. Ayat contoh
Hujan menyirami bumi.

Justeru, harap kita dapat menggunkan perkataan ini dengan betul Alahhhh...senang saja kan Bahasa Melayu ni. Tetapi kita selalu menggunakan bahasa yang salah.  


Betulkan yang biasa, biasakan yang betul.

Maksud Ayat

 AYAT


Ayat ialah unit pengucapan yang emngandungi makna lengkap. dalam tulisan, ayat didahului oleh huruf bedar dan diakhiri dengan titik. ( noktah )


Ayat terdiri daripada deretan perkataan. Contoh

Bapa Adib anggota bomba. ( FN+FN)

Zakiah sedang membaca buku.

Ayat terdiri daripada subjek dan predikat. Disini diterangkan secara ringkas bagaimanakah yang dikatakan subjek dan predikat tersebut.

Zakiah ( Subjek ayat ) hadir di hadapan ayat.
Sedang membaca buku ( predikat ayat ) hadir selepas subjek.

Justeru, marilah kita fahami maksud ayat terlebih dahulu sebelum kita memahami lebih mendalam tentang  sintaksis Bahasa Melayu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...