BACA INI DULU
Saturday, March 2, 2019
Menyiram, Menyiramkan dan Menyirami
Menyiram
Bermaksud mencurahkan air kepada sesuatu. Ayat contoh
Ibu menyiram pokok bunga.
Menyiramkan
Bermaksud menyiram sesuatu kepada. Ayat contoh
Abang menyiramkan air kepada pokok bunga itu.
Menyirami
Bermaksud menyiram berkali-kali. Ayat contoh
Hujan menyirami bumi.
Justeru, harap kita dapat menggunkan perkataan ini dengan betul Alahhhh...senang saja kan Bahasa Melayu ni. Tetapi kita selalu menggunakan bahasa yang salah.
Betulkan yang biasa, biasakan yang betul.
Maksud Ayat
Ayat ialah unit pengucapan yang emngandungi makna lengkap. dalam tulisan, ayat didahului oleh huruf bedar dan diakhiri dengan titik. ( noktah )
Ayat terdiri daripada deretan perkataan. Contoh
Bapa Adib anggota bomba. ( FN+FN)
Zakiah sedang membaca buku.
Ayat terdiri daripada subjek dan predikat. Disini diterangkan secara ringkas bagaimanakah yang dikatakan subjek dan predikat tersebut.
Zakiah ( Subjek ayat ) hadir di hadapan ayat.
Sedang membaca buku ( predikat ayat ) hadir selepas subjek.
Justeru, marilah kita fahami maksud ayat terlebih dahulu sebelum kita memahami lebih mendalam tentang sintaksis Bahasa Melayu.
Saturday, March 17, 2012
MARA SEDIA 38,000 TEMPAT

Untuk Lepasan SPM dan setaraf denganya, pihak MARA telah menyediakan 38, 000 tempat untuk mereka. Justeru itu, kepada yang berminat menyambung pelajaran dalam bidang teknikal dan sebagainya, bolehlah ke pejabat MARA atau mengisi borang secara on line. Petikan berita ,
KUALA LUMPUR - Institusi pendidikan di bawah Majlis Amanah Rakyat (Mara) menyediakan 38,952 tempat untuk mereka yang ingin melanjutkan pengajian dalam program sijil, diploma dan ijazah bagi pengambilan Julai tahun ini.Baca lagi...
Monday, February 20, 2012
Guru Tadika Wajib Ada Diploma?

KUALA TERENGGANU - Semua guru tadika Yayasan Islam Terengganu (YIT) akan diwajibkan memiliki Diploma Pendidikan Prasekolah dalam
tempoh tiga tahun lagi sebagai usaha yayasan itu memantapkan kualiti pendidikan awal kepada murid-muridnya.
Pengarah YIT, Md Kamaru Al Amin Ismail berkata sehingga kini seramai 126 daripada 197 orang guru seluruh Terengganu sedang mengikuti kursus lanjutan pendidikan prasekolah ketika musim cuti yang bermula November tahun lalu dan dijangka tamat pada tahun 2014.
"Yayasan komited dalam usaha melahirkan murid yang cemerlang akademik serta sahsiah diri sekaligus menjadi peneraju utama dalam pendidikan awal kanak-kanak di negeri Terengganu.
"Ini memerlukan pengorbanan besar daripada guru-guru yang sanggup bertungkus-lumus menyambung pelajaran ke peringkat diploma bagi memastikan kualiti dan sistem pendidikan menepati piawaian yang ditetapkan yayasan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.
Seramai 43 guru lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kini mengikuti Program Diploma Pendidikan Prasekolah di Institut Perguruan (IPG) Datuk Razali
di sini manakala 83 orang guru yang sudah mempunyai kelulusan ijazah dan diploma juga diwajibkan mengikuti kursus itu di IPG Sultan Mizan di Besut.
Beliau berkata walaupun sudah mempunyai ijazah dan diploma, namun guru-guru berkenaan tetap diwajibkan mengikuti kursus diploma anjuran YIT kerana ijazah yang dimiliki sebelum ini tidak menjurus kepada sistem pendidikan awal sekolah.
"Pelaksanaan ini adalah prosedur baru YIT dalam urusan pengambilan guru tadika yang mewajibkan guru memiliki Diploma Prasekolah kerana sebelum ini syarat pengambilan guru tidak begitu ketat," katanya.
Selain itu, katanya program menghafal surah Yaasin beserta terjemahan yang dimulakan di semua 18 cawangan tadika YIT pada tahun 2006 akan diteruskan hasil maklum balas ibu bapa yang kagum dengan kebolehan anak mereka menghafal surah berkenaan.
Program hafalan itu adalah sebagai langkah awal YIT membentuk generasi cemerlang dan celik al-Quran selaras dengan hasrat Terengganu yang dikenali sebagai negeri anjung ilmu. - Bernama
Oleh itu , kepada bakal guru tadika anda semestinya mempunyai segulung diploma sebelum memohon untuk mengajar di tadika.