Saturday, February 18, 2012

15,000 Guru Berijazah belum naik gred DG41


Kepada semua guru yang belum lagi mendapat pelantikan ke gred DG41 , anda diminta bersabar. Perkara sebegini biasa berlaku. Penulis dahulu pun lama juga menanti sebelum mendapat kenaikan gred. Mungkin disebabkan semakan gaji SBPA menyebabkan anda semua lambat sedikit untuk diserap. Bahkan juga berlaku kepada graduan universiti yang mengambil jurusan pendidikan. Sehingga kini masih belum lagi dipanggil temuduga SPP. Anda dikira bertuah kerana telah berada dalam bidang ini, hanya menunggu masa sahaja untuk dilantik. Untuk lebih kepastian sila baca di sini berkaitan guru belum naik gred

Sunday, February 12, 2012

Usah Apologetik


Penjawat awam termasuk warga pendidik di negara ini tidak wajar bersikap apolegetik dalam meanangkis tohmahan pembagkang yang sedaya uapaya mahu menidakkan segala sumbangan besar kerajaan negara selama ini. Petikan kata-kata Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Di sini , penulis ingin bertanya kepada pembaca semua: apakah maksud apologetik yang dikatakan itu?

Haaa....mari kita lihat maksudnya menggunakan kamus Dewan Dan Bahasa edisi terkini.

apologetik (apologétik) bersifat menyesali sesuatu perbuatan yg telah terlanjur: nada suaranya yg ~ itu mungkin menunjukkan dia telah menyedari kesilapannya itu.

Haa...itulah maksud apologetik. Kadang-kadang tahu sebut tapi tak tahu maksud.

Friday, February 10, 2012

Calon Sekolah Kluster


Melalui laman ini juga saya ingin berkongsi maklumat tentang dunia pendidikan. Antaranya ialah berita terkini yang dapat semalam. Sekolah Kebangsaan Taman Hi-Tech telah dilcalonkan sebagai sekolah Kluster. Hah..! baru sahaja bulan lepas Jemaah Nazir datang membuat penilaian bagi 'baiah' lepas ni nak datang lagi. Aduhhhh.....macam-macam persepsi keluar dari mulut cikgu-cikgu. Iyalah...lepas ni tentu banyak kerja nak kena buat. Sudah lah kerja sekarang pun banyak. Entahlah, bagi penulis ini merupakan satu penghargaan kepada sekolah. Jika kita terpilih bermakna kita perlu lakukan yang terbaik. Tunggu sahajalah apa yang dimaksudkan dengan Kluster ni. Penulis edit cerita awalnya kerana salah maklumat. Selepas ini , jika tiada aral melintang, barulah ke Sekolah Berprestasi Tinggi. PERKASA .....KLUSTER.....SBT.....kalau mengeluh...orang kata kita tidak mahu...tetapi ada tempat yang kita suka bekerja kerana tiada tekanan dan mampu memberi didikan dengan aman dan gembira. Seronok? atau sebaliknya?

Wednesday, February 8, 2012

Frasa Dan Klausa

Frasa ialah sekumpulan perkataan. Pendeta Za'ba menyebutnya sebagai rangkai kata. Tetapi , satu perkataan pun boleh menjadi frasa.

Contoh:
burung
tiga ekor burung
tiga ekor anak burung helang

ketua
ketua kampung
seorang ketua kampung
tiga orang ketua kampung seberang


Klausa ialah ayat dalam ayat. Pendeta Za'ba memanggilnya ayat kecil . Oleh itu klausa mempunyai subjek dan predikat.

Contoh:

Ayah pergi ke laut menangkap ikan dan emak bekerja di kilang elektronik.
Ayat 1 : Ayah pergi ke laut menangkap ikan.
Ayat 2 : Emak bekerja di kilang elektronik
Kata hubung : Dan

Jadi kepada pemebaca semua, kita selalu sebut frasa dan klausa. Tetapi kita tidak pernah ambil tahu maksud frasa dan klausa. kadang-kadang ada orang bertanya, apakah frasa dan klausa? Nah, ini jawapan ringkas yang boleh kita berikan!

Tuesday, February 7, 2012

Maksud Tandas


Melalui laman ini saya ingin memberitahu pembaca semua mengenai bahasa yang kita selalu sebut tetapi mempunyai maksud yang berbeza. Justeru, itu marilah sama-sama kita belajar Bahasa Melayu.

Tiap-tiap bahasa di dunia ini memiliki beribu-ribu perkataan. Bahasa-bahasa yang maju mempunyai jumlah perkataan yang lebih besar daripada jumlah perkataan yang dimilki oleh bahasa yang belum maju.Bahasa Melayu memiliki beratus ribu perkataan. Sebahagian perkataan Melayu asli , manakala sbahagian lagi dipinjam daripada bahasa-bahasa lain seperti Sanskrit , Hindi , Tamil , Cina , parsi , Portugis , Belanda , Arab dan Inggeris.

Untuk kali ini perkataan ini sering digunakan oleh kita semua.....iaitu:
Tandas
Tandas I- Tidak ada lagi , Habis langsung , hilang kesemuanya: Hartanya sudah ______ licin ____ habis kesemuanya.

Tandas II - Bilik khas ( di tempat awam , sekolah , pejabat dsb ) tempat membuang air ( yg dilengkapi dgn mangkuk tandas , sink , dsb ) bilik air;
2. sl tempat mandi ( di sungai ),

Menandaskan -- mengatakan dengan tegas

Rujukan Kamus Dewan Muka surat 1595

Jadi , kepada pembaca semua....apakah kita selalu menggunakan perkataan ini. Jika ayat dibina menggunakan perkataan pertama, saya rasa ramai yang akan tercari-cari maksudnya.

Saturday, April 2, 2011

TERIMA KASIH

Ok semua , jom tinjau blog Kak Pah K-Poh ini. Pasti kunjungan anda berbaloi.....



Hari ni saya dah kembali lapang untuk menulis. Justeru sebagai tanda terima kasih kepada sahabat bloger yang membuat tinjauan ke blog saya yang tak seberapa ini maka saya dengan rasa besar hati nak tinjau blog ini. Haaaaa....kepada pembaca yang belum lagi ke blog KAK PAH K-POH maih kita sama-sama jenguk. Bukan apa , saya rasa blog ini telah menjadikan seseorang penulis blog dikenali dan dikunjungi. Kalau tak percaya , blog saya telah di riview oleh Kak Pah. Apa tunggu lagi, jom jenguk ke blog kak Pah K-Poh.

Wednesday, July 9, 2008

MAKLUMAN UNTUK KAWAN-KAWAN

Berita Terkini
Makluman:- terkini - 20.5.08
Jawapan pada soalan-soalan yang kerap ditanya oleh ahli

Kumpulan guru gred DGA29 diberi pertimbangan kenaikan pangkat secara Time-Based dari DG41 ke DG44.
Kaedahnya:
3 tahun pengalaman di PPPLD diberi 1 tahun pengalaman mengajar untuk tujuan diatas.Maksimum 3 tahun pengalaman diberi.
Contoh :
1. PPPLD 9 tahun 2. PPPLD 10 tahun 3. PPPLD 15 tahun
}
3 tahun pengalaman mengajar diberi


Makluman:

Jawatan Guru Cemerlang / Pengetua Cemerlang
Tempoh perkhidmatan Guru Cemerlang gred DGA29 ke DGA 32 dan gred DG41 ke DG44 dipendekkan daripada 7 tahun kepada 5 tahun
.

p/s : Aku ambik kat NUTP portal
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...