Sunday, February 19, 2012

Hantar Guru BI keluar negara dikaji


Kerajaan perlu mengkaji semula cadangan menghantar guru-guru BI ke luar negara kerana hal ini melibatkan kos yang tinggi. Memetik laporan akhbar utusan Malaysia ,Kementerian Pelajaran sedang mengkaji untuk menghantar guru Bahasa Inggeris (BI) mengikuti program latihan di luar negara agar penguasaan mereka dalam bahasa itu dapat dimantapkan.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, cadangan itu telah dibincangkan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan pada dasarnya beliau bersetuju.

“Mungkin dengan cara ini ia dapat memberi peluang kepada guru Bahasa Inggeris kita didedahkan dengan bahasa penutur jati di negara asal mereka dan kalau itu keadaannya, mungkin guru kita akan terdidik dengan lebih baik serta lebih yakin untuk bertutur dalam bahasa Inggeris.

“Tetapi kita kena kaji dahulu baik atau tidak perkara ini, sama ada ia libatkan kos yang tinggi atau tidak,” ujarnya ketika sesi dialog pada majlis Pemantapan Profesionalisme Warga Pendidik Negeri Kedah dan Perlis di Dewan Wawasan di sini hari ini. Baca seterusnya di sini

35 Ribu Jadi Ejen Anti Dadah


Seramai 35,000 guru dan pelajar telah dilatih sebagai ejen perubahan pencegahan dadah di sekolah di seluruh negara sejajar dengan matlamat Kementerian Pelajaran Malaysia Sekolah Bebas Dadah 2012.Link

Pengurus Besar Bahagian Hal Ehwal Korporat Kumpulan Petronas, Haniff Hassan berkata, bagi memastikan matlamat murni itu tercapai, Pemuafakatan Program Pencegahan Dadah (PPDa) antara Kementerian Pelajaran Malaysia dan Petronas telah dilaksanakan.

Menurutnya, fokus pelaksanaan program adalah kepada aktiviti-aktiviti luar bilik darjah yang memberi peluang kepada pelajar mengetahui dengan lebih mendalam tentang akibat penyalahgunaan dadah dan langkah pencegahan untuk menghindari diri daripada aktiviti penyalahgunaan dadah.Baca seterusnya di sini


Nampaknya usaha kerajaan memerangi dadah dengan menggunakan ejen sangat baik. Apa pun penulis menyokong tindakan ini kerana hari ini kita banyak menjadi keldai dadah.

Saturday, February 18, 2012

15,000 Guru Berijazah belum naik gred DG41


Kepada semua guru yang belum lagi mendapat pelantikan ke gred DG41 , anda diminta bersabar. Perkara sebegini biasa berlaku. Penulis dahulu pun lama juga menanti sebelum mendapat kenaikan gred. Mungkin disebabkan semakan gaji SBPA menyebabkan anda semua lambat sedikit untuk diserap. Bahkan juga berlaku kepada graduan universiti yang mengambil jurusan pendidikan. Sehingga kini masih belum lagi dipanggil temuduga SPP. Anda dikira bertuah kerana telah berada dalam bidang ini, hanya menunggu masa sahaja untuk dilantik. Untuk lebih kepastian sila baca di sini berkaitan guru belum naik gred

Sunday, February 12, 2012

Usah Apologetik


Penjawat awam termasuk warga pendidik di negara ini tidak wajar bersikap apolegetik dalam meanangkis tohmahan pembagkang yang sedaya uapaya mahu menidakkan segala sumbangan besar kerajaan negara selama ini. Petikan kata-kata Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Di sini , penulis ingin bertanya kepada pembaca semua: apakah maksud apologetik yang dikatakan itu?

Haaa....mari kita lihat maksudnya menggunakan kamus Dewan Dan Bahasa edisi terkini.

apologetik (apologétik) bersifat menyesali sesuatu perbuatan yg telah terlanjur: nada suaranya yg ~ itu mungkin menunjukkan dia telah menyedari kesilapannya itu.

Haa...itulah maksud apologetik. Kadang-kadang tahu sebut tapi tak tahu maksud.

Friday, February 10, 2012

Calon Sekolah Kluster


Melalui laman ini juga saya ingin berkongsi maklumat tentang dunia pendidikan. Antaranya ialah berita terkini yang dapat semalam. Sekolah Kebangsaan Taman Hi-Tech telah dilcalonkan sebagai sekolah Kluster. Hah..! baru sahaja bulan lepas Jemaah Nazir datang membuat penilaian bagi 'baiah' lepas ni nak datang lagi. Aduhhhh.....macam-macam persepsi keluar dari mulut cikgu-cikgu. Iyalah...lepas ni tentu banyak kerja nak kena buat. Sudah lah kerja sekarang pun banyak. Entahlah, bagi penulis ini merupakan satu penghargaan kepada sekolah. Jika kita terpilih bermakna kita perlu lakukan yang terbaik. Tunggu sahajalah apa yang dimaksudkan dengan Kluster ni. Penulis edit cerita awalnya kerana salah maklumat. Selepas ini , jika tiada aral melintang, barulah ke Sekolah Berprestasi Tinggi. PERKASA .....KLUSTER.....SBT.....kalau mengeluh...orang kata kita tidak mahu...tetapi ada tempat yang kita suka bekerja kerana tiada tekanan dan mampu memberi didikan dengan aman dan gembira. Seronok? atau sebaliknya?

Wednesday, February 8, 2012

Frasa Dan Klausa

Frasa ialah sekumpulan perkataan. Pendeta Za'ba menyebutnya sebagai rangkai kata. Tetapi , satu perkataan pun boleh menjadi frasa.

Contoh:
burung
tiga ekor burung
tiga ekor anak burung helang

ketua
ketua kampung
seorang ketua kampung
tiga orang ketua kampung seberang


Klausa ialah ayat dalam ayat. Pendeta Za'ba memanggilnya ayat kecil . Oleh itu klausa mempunyai subjek dan predikat.

Contoh:

Ayah pergi ke laut menangkap ikan dan emak bekerja di kilang elektronik.
Ayat 1 : Ayah pergi ke laut menangkap ikan.
Ayat 2 : Emak bekerja di kilang elektronik
Kata hubung : Dan

Jadi kepada pemebaca semua, kita selalu sebut frasa dan klausa. Tetapi kita tidak pernah ambil tahu maksud frasa dan klausa. kadang-kadang ada orang bertanya, apakah frasa dan klausa? Nah, ini jawapan ringkas yang boleh kita berikan!

Tuesday, February 7, 2012

Maksud Tandas


Melalui laman ini saya ingin memberitahu pembaca semua mengenai bahasa yang kita selalu sebut tetapi mempunyai maksud yang berbeza. Justeru, itu marilah sama-sama kita belajar Bahasa Melayu.

Tiap-tiap bahasa di dunia ini memiliki beribu-ribu perkataan. Bahasa-bahasa yang maju mempunyai jumlah perkataan yang lebih besar daripada jumlah perkataan yang dimilki oleh bahasa yang belum maju.Bahasa Melayu memiliki beratus ribu perkataan. Sebahagian perkataan Melayu asli , manakala sbahagian lagi dipinjam daripada bahasa-bahasa lain seperti Sanskrit , Hindi , Tamil , Cina , parsi , Portugis , Belanda , Arab dan Inggeris.

Untuk kali ini perkataan ini sering digunakan oleh kita semua.....iaitu:
Tandas
Tandas I- Tidak ada lagi , Habis langsung , hilang kesemuanya: Hartanya sudah ______ licin ____ habis kesemuanya.

Tandas II - Bilik khas ( di tempat awam , sekolah , pejabat dsb ) tempat membuang air ( yg dilengkapi dgn mangkuk tandas , sink , dsb ) bilik air;
2. sl tempat mandi ( di sungai ),

Menandaskan -- mengatakan dengan tegas

Rujukan Kamus Dewan Muka surat 1595

Jadi , kepada pembaca semua....apakah kita selalu menggunakan perkataan ini. Jika ayat dibina menggunakan perkataan pertama, saya rasa ramai yang akan tercari-cari maksudnya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...