Friday, March 2, 2012

RELA TUKAR ALIRAN


Anggap bidang Sains tak berbaloi. Siapakah yang menyebabkan pelajar-pelajar hari ini menolak sains. Baca seterusnya

Info:
  • Pelan Hala Tuju Modal Insan Sains dan Teknologi 2020 mensasarkan 60 peratus pelajar aliran sains malangnya ia merosot dengan bidang sains dan matematik hanya 37 peratus dan 29 peratus bagi sains tulen.

  • Melalui kajian didapati ramai pelajar lebih berminat menjadi ahli perniagaan, usahawan, petani, kontraktor, bidang perkhidmatan dan bidang hospitaliti yang bukan saja memberi cabaran baru menarik tapi turut menjanjikan pendapatan lumayan yang boleh mengatasi pendapatan bidang profesional.

  • Jumlah pelajar aliran sains di institusi pengajian tinggi tempatan kini hanya sekitar 35,000 orang setahun berbanding sasaran 100,000 pelajar setahun.

  • Malaysia memerlukan sekurang - kurangnya 500,000 tenaga kerja dalam aliran sains dan teknologi menjelang 2020 untuk mencapai status negara maju berpendapatan tinggi.

  • Thursday, March 1, 2012

    PENJELASAN AIR KOSONG RM1.50


    PASIR PUTEH: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) sudah mengeluarkan 146 surat tunjuk sebab kepada peniaga di seluruh negara yang mengenakan harga air kosong melampau sehingga RM1 dan ke atas.

    Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, memberi amaran akan mengenakan tindakan tegas termasuk denda mengikut Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 kepada peniaga yang masih ingkar.

    “Kita beri mereka surat tunjuk sebab yang perlu dijawab dalam tempoh tujuh hari. Baca seterusnya
    Makin mahai betul air kosong di negara kita....oleh itu simpanlah air banyak-banyak.

    ANAK MALAYSIA IKUTI PENGAJIAN SENI PENTAS DI JUILIARD SCHOOL


    NEW YORK: Datin Seri Rosmah Mansor berharap lebih ramai anak Malaysia yang berbakat dalam bidang seni pentas diberi peluang menuntut di Juilliard School, sebuah institusi yang terkenal kerana melahirkan ramai pemenang anugerah Grammy, Emmy dan Pulitzer antara lainnya.

    "Malaysia amat berbesar hati dapat menjalin hubungan dengan Juilliard School dalam bidang seni pentas," katanya sempena lawatannya ke sekolah itu di sini, hari ini.
    Beliau tiba semalam dalam rangka lawatan empat hari sempena mesyuarat Suruhanjaya Mengenai Status Wanita (CSW) Pertubuhan Bangsa Bersatu yang berlangsung di sini. Beliau dijadual berucap esok. Baca seterusnya

    Wednesday, February 29, 2012

    JIWA BESAR


    Perlu menjadi contoh kepada remaja di luar sana. Bukan senang hendak senang.


    PASIR MAS - Meskipun mendapat tawaran ke sekolah berasrama penuh, lima pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Kangkong dekat sini sanggup menolak tawaran tersebut dan meneruskan persekolahan di sini, semalam.

    Lima pelajar ini, mendapat keputusan 8A dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun lalu, berazam untuk menaikkan nama sekolah sekali lagi dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), tahun depan. Baca seterusnya..


    Monday, February 27, 2012

    CIKGU INGIN MENULIS


    Kepada guru-guru di seluruh Malaysia, jika anda ingin menulis buku berkaitan kanak-kanak sila lah ke alamat seperti berikut: www.moe.gov.my/mbkm sebelum 15 Mac 2012. Mana tahu anda berbakat dalam bidang penulisan.

    Monday, February 20, 2012

    Guru Tadika Wajib Ada Diploma?


    Perkara ini sebenarnya telah lama kedengaran. Mungkin ada tadika swasta yang tidak mementingkan perkara ini. Tetapi hari ini kanak-kanak sangat pantas berfikir dan pantas belajar. Justeru, sebagai ibu bapa , mereka mahukan anak-anak mereka mendapat yang terbaik. Memetik laporan akhbar sinar harian seperti berikut:

    KUALA TERENGGANU - Semua guru tadika Yayasan Islam Terengganu (YIT) akan diwajibkan memiliki Diploma Pendidikan Prasekolah dalam
    tempoh tiga tahun lagi sebagai usaha yayasan itu memantapkan kualiti pendidikan awal kepada murid-muridnya.

    Pengarah YIT, Md Kamaru Al Amin Ismail berkata sehingga kini seramai 126 daripada 197 orang guru seluruh Terengganu sedang mengikuti kursus lanjutan pendidikan prasekolah ketika musim cuti yang bermula November tahun lalu dan dijangka tamat pada tahun 2014.

    "Yayasan komited dalam usaha melahirkan murid yang cemerlang akademik serta sahsiah diri sekaligus menjadi peneraju utama dalam pendidikan awal kanak-kanak di negeri Terengganu.

    "Ini memerlukan pengorbanan besar daripada guru-guru yang sanggup bertungkus-lumus menyambung pelajaran ke peringkat diploma bagi memastikan kualiti dan sistem pendidikan menepati piawaian yang ditetapkan yayasan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

    Seramai 43 guru lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kini mengikuti Program Diploma Pendidikan Prasekolah di Institut Perguruan (IPG) Datuk Razali
    di sini manakala 83 orang guru yang sudah mempunyai kelulusan ijazah dan diploma juga diwajibkan mengikuti kursus itu di IPG Sultan Mizan di Besut.

    Beliau berkata walaupun sudah mempunyai ijazah dan diploma, namun guru-guru berkenaan tetap diwajibkan mengikuti kursus diploma anjuran YIT kerana ijazah yang dimiliki sebelum ini tidak menjurus kepada sistem pendidikan awal sekolah.

    "Pelaksanaan ini adalah prosedur baru YIT dalam urusan pengambilan guru tadika yang mewajibkan guru memiliki Diploma Prasekolah kerana sebelum ini syarat pengambilan guru tidak begitu ketat," katanya.

    Selain itu, katanya program menghafal surah Yaasin beserta terjemahan yang dimulakan di semua 18 cawangan tadika YIT pada tahun 2006 akan diteruskan hasil maklum balas ibu bapa yang kagum dengan kebolehan anak mereka menghafal surah berkenaan.

    Program hafalan itu adalah sebagai langkah awal YIT membentuk generasi cemerlang dan celik al-Quran selaras dengan hasrat Terengganu yang dikenali sebagai negeri anjung ilmu. - Bernama

    Oleh itu , kepada bakal guru tadika anda semestinya mempunyai segulung diploma sebelum memohon untuk mengajar di tadika.


    BUKU KANAK-KANAK BERUNSUR LUCAH


    Buku merupakan sumber ilmu yang paling baik. Jika kita ingin menuntut ilmu, selain guru buku perlu menjadi teman setia. Tetapi perkara ini terjadi sebaliknya apabila buku yang diterbitkan untuk bacaan kanak-kanak dikatakan berunsur lucah. Adakah buku ini terlepas dari pandangan pihak kerajaan? Penulis memetik berita dari akhbar Sinar Harian 21 Februari seperti ini:
    KUALA LUMPUR - Pemuda Umno menggesa Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk mengemas kini Dasar Buku Negara 1998 kerana banyak aduan yang diterima mengenai kandungan buku-buku bacaan kanak-kanak yang didapati mempunyai unsur lucah.

    Pengerusi Biro Aduan Komuniti, Datuk Muhd Khairun Aseh berkata, surat berkenaan juga adalah bagi mendapatkan penjelasan mengenai bagaimana buku sedemikian boleh terlepas pandang sedangkan inti pati serta ilustrasi dalam buku terbabit terang-terangan tidak mengikuti garis panduan yang dibenarkan.

    Menurutnya, pihaknya akan menyerahkan surat bantahan kepada KDN untuk menyekat buku-buku yang diimport ke negara ini khususnya untuk bacaan kanak-kanak. Ini berdasarkan aduan yang diterima sejak setahun lalu di mana kebanyakan buku untuk kanak-kanak mempunyai unsur lucah.

    “Kami sudah menerima banyak aduan mengenai perkara ini. Pemuda Umno tampil demi kepentingan awam. Bagaimana Dasar Buku Negara 1998 yang dibuat begitu ‘cantik’ boleh tersasar hingga begini sehingga bahan bacaan begini boleh terlepas pandang, sedangkan ia secara terang-terangan berunsur lucah.

    “Ia juga mudah didapati di kedai buku terkemuka dan diletakkan di bahagian kanak-kanak. Ia benar-benar melampau,” katanya kepada media, di pejabatnya di sini, semalam.

    Muhd Khairun berkata, sebuah buku berjudul ‘Where Did I Come From’ antara buku yang mengandungi inti pati serta gambar lucah dan dijual hampir 2 juta naskhah di pasaran dunia.

    “Saya terkejut apabila melihat buku ini. Dari luar ia nampak seperti tiada apa-apa, tetapi setiap helaian buku ini mengandungi ayat dan gambar lucah.

    “Kerana itu, kami tidak teragak-agak untuk menyerahkan surat bantahan ini. Saya percaya, bukan hanya sebuah buku, malah pasti banyak lagi.

    “Namun, kami bersedia untuk menjalinkan kerjasama dengan pihak berwajib untuk membendung perkara ini daripada terus berleluasa,” katanya.

    Jelasnya, mengikut laporan, jumlah dagangan buku yang diimport ke Malaysia mencecah RM3 bilion. Namun, penulis tempatan tidak tersenarai di dalam perkembangan ekonomi ini.

    “Di Malaysia, ada lebih 5,000 penulis dan lebih 8,000 syarikat percetakan. Mengapa mereka ini tidak diberikan ruang secukupnya.

    “Buku-buku dari luar negara ini kebanyakannya tidak sesuai dengan adat dan budaya negara ini. Jadi pemantauan perlu lebih dibuat bagi mengelakkan perkara ini terus merebak dan boleh merosakkan akhlak kanak-kanak.

    “Selain ibu bapa, KDN perlu memainkan peranan maksima agar tidak ada lagi kes terlepas pandang seperti ini,” katanya.

    Kepada penerbit buku, anda perlu menjaga nilai ketimuran agar anak-anak pada masa hadapan tidak menjadi seperti di barat yang terlalu moden sehingga nilai-nilai murni tidak diamalkan lagi.
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...